Home » Fahaman Khomeini Akidah Dan Sikap Yang Ganjil by Said Hawa
Fahaman Khomeini Akidah Dan Sikap Yang Ganjil Said Hawa

Fahaman Khomeini Akidah Dan Sikap Yang Ganjil

Said Hawa

Published
ISBN :
Paperback
1 page
Enter answer

 About the Book 

Selepas Sheikh Said Hawa menyenaraikan penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas dan kesesatan Khomeini, beliau mencatatkan begini:-Sebenarnya mereka tidak ada alasan atau hujah untuk membela Syiah al-Khomeini, kerana membela Syiah al-Khomeini bererti berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya SAW dan kepada kaum Muslimin.Sheikh Said Hawa menduduki tempat teristimewa kepada gerakan Islam di seluruh dunia tidak terkecuali Malaysia tanpa mengira sama ada mereka bergerak dalam ranah politik atau sosial. Adalah aneh sekiranya pengagungan atau pengangkatan Khomeini sebagai tokoh oleh pemimpin gerakan atau pertubuhan Islam apatah lagi ia diluahkan pada pentas yang bersifat umum.Kerana itu, ia menimbulkan kehairanan apabila ada gerakan Islam masih teragak-agak dalam meletakkan Syiah Imamiyah atau Khomeini sama ada pada kandang penyelewengan atau pentas toleransi.Buku ringkas ini memang hanya menyorot penyelewengan aliran yang menjadi majoriti di Iran ini dan juga memperkatakan kesalahan pada Khomeini, tetapi ia melengkapkan sekian banyak tulisan ulama terhadap kesesatan aliran berkenaan.Ya, membaca buku kecil ini masih memerlukan bacaan lanjut untuk mengetahui kesesatan Syiah dan Khomeini tetapi ia bukan menjadi alasan untuk menerima aliran, gerakan dan pemimpin yang menimbulkan kerosakan besar kepada umat Islam dan dunia Islam sekian lama.